Sunday 22 May 2011

Sistem Pengautomasian

Perisian ini dibeli daripada Syarikat HDA Integrated Solution Sdn. Bhd. Pejabat syarikat ini di Sungai Petani, Kedah. Pihak SKBM membeli perisian ini dengan harga RM2700.00 pada bulan Ogos 2010. Bahan yang dibekalkan ialah Perisian S-Lib, 2 keping CD install/panduan  dan sebuah "barcode scanner".
           Bermula pada September 2010, PSS telah memasang perisian ini dan seterusnya memasukkan maklumat ahli dan bahan buku. Namun demikian, hanya sejumlah 2028 buah buku yang dapat dimasukkan maklumatnya menjelang Januari 2011 walaupun perisian ini mempunyai "data bank" maklumat buku bagi memudahkan kerja memasukkan maklumat buku.
          Walau bagaimanapun, pihak PSS dapat memulakan operasi S-Lib ini pada minggu ke-3 Januari 2011. Sebelum itu, guru-guru telah diberi taklimat dan kursus dalaman. Pada minggu ke-2  bulan Januari 2011, semua Pengawas PSS telah diberi taklimat di Makmal Komputer.
         Perisian ini memudahkan operasi sirkulasi bahan PSS.  Pelbagai jenias laporan seperti peminjam terbanyak setiap bulan, laporan pinjaman mengikut kelas, jumlah buku yang popular dan sebagainya dapat diperolehi dengan mudah dan cepat.
         Sesungguhnya, dengan beroperasinya S-Lib, PSS SKBM kini setanding dengan perpustakaan di tempat lain. PSS SKBM perlu merealisasikan cita-cita berikut bagi kecemerlangan S-Lib khasnya:
       1.  Menambah bilangan komputer.
       2.  Menggiatkan promosi menarik minat pengguna
       3.  Menambah kecekapan Pembantu PSS
       4.  Memasukkan maklumat bahan bukan cetak.
       5.  Memaksimumkan ruang di menu Program NILAM.

Pemberita  PSS.








2 comments:

  1. salam cikgu, saya Adriana, GPM dr SK Pantai WP Labuan..sy nk tny mcm mn ckgu beli perisian ni ye?bole guna PCG?sy nk try tp BTP sni ckp xde perisian..hrp ckgu bole tlg terangkan.tq.

    ReplyDelete
  2. Walaikumus salam. Tak sangka blog yang saya bina ini ada orang yang melawatnya. Terima kasih.
    Kalau nak diterangkan sepenuhnya, mungkin di ruangan ini tidak memadai. Cukuplah saya katakan dahulu : Perisian seumpama ini ada juga dijual oleh BTP Tarantula (Laman web iNilam dan IQPSS)
    Cikgu boleh cari maklumat ini " Anda boleh melanggan Sistem Automasi Pusat Sumber (ps-SENTRAL) secara online pada harga paling minima. ps-SENTRAL boleh digunakan untuk automasi bahan cetak/buku dan bahan bukan cetak/Bahan Bantu Mengajar. Untuk keterangan lanjut dan sebutharga sila email ke:
    sale@biosone.tarantula.my" di alamat http://btp.tarantula.my/.
    Biasa kan dengan alamat tu.
    Tentang bayaran tu, boleh dirunding dengan PIBG. Kalau nak guna PCG, ada caranya.
    TQ.

    ReplyDelete