Wednesday 20 July 2011

Program NILAM

Perhatian kepada semua murid dan guru BM dan BI SK Bandar Mas.  Pihak PSS sedang memungut maklumat jumlah buku yang dibaca oleh murid. Jumlah buku yang diambil kira ialah buku yang dicatat dalam *Buku Catatan Nilam murid. Borang berserta nama murid mengikut kelas telah diedarkan. Jumlah buku yang hendak diisi adalah mengikut bulan, jenis buku FM (Fiksyen Melayu), BFM (Bukan Fiksyen Melayu), FI (Fiksyen Inggeris), BFI (Bukan Fiksyen Inggeris) dan LL (Bahasa-bahasa Lain).
         Sila kembalikan borang yang telah lengkap ke meja GPM (Guru Perpustakaan Media)/ GP (Guru Perpustakaan) secepat mungkin. Borang yang dimaksudkan adalah bagi pungutan bulan Januari, Februari dan Mac serta April, Mei dan Jun 2011.
         Maklumat ini penting untuk diisikan ke dalam Sistem Makumat i-NILAM secara atas talian di alamat http://nilam.tarantula.my/. Hanya guru yang mempunyai kemudahan akses (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh memasuki ruang siber tersebut - GPM, GP dan Guru Data.
Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih.

* Buku yang dicatatkan ke dalam Buku Catatan Nilam ialah buku yang dibaca oleh murid tidak kira dari mana puncanya (Perpustakaan Sekolah, Perpustakaan Awam, beli sendiri, pinjam daripada rakan atau sebagainya)

No comments:

Post a Comment